Friday, February 19, 2010

Pulut Pandan

. . .

.Pulut Pandan

BAHAN-BAHAN:

500 gm beras pulut

1 ketul gula kabung

100 gm gula

250 ml puri durian

500 ml santan

1 sudu kecil garam

10 helai daun pandan

CARA MENYEDIAKAN:

1. Beras pulut direndam semalaman dan kukus selama 30 minit. Setelah masak ketepikan.

2. Selepas itu masak puri durian bersama dengan santan, gula kabung dan gula seperti membuat serawa durian.

3. Daun pandan pula, dilipat menjadi empat segi.

4. Kemudian gaulkan serawa durian dengan pulut dan letak­kan di dalam acuan daun pandan tadi. Gaulkan rata dan kukus lagi selama 25 minit. Baki serawa yang selebihnya dituang­kan semasa menghidangkan.

No comments:

Post a Comment