Sunday, February 7, 2010

MODUL GEOGRAFI TINGKATAN 3


BAB 14 : KESAN KEGIATAN EKONOMI
TERHADAP ALAM SEKITAR


14.1 KEPUPUSAN SUMBER
- melibatkan flora, fauna dan mineral
- pembalakan berleluasa menyebabkan kepupusan flora ( contoh
kayu cengal, meranti, keruing ), kepupusan fauna ( gajah,
seladang, ayam hutan ).
- perlombongan menyebabkan kepupusan sumber bijih timah,
petroleum, kuprum dan emas.

14.2 PENCEMARAN
- pencemaran udara, air, dan tanih.
- Perindustrian melepaskan gas beracun, habuk, debu ke udara.
- Pembuangan sisa toksik dari kilang mencemarkan air.
- Pembuangan sisa kumbahan dan sisa pepejal di daratan menyebabkan pencemaran tanih.

14.3 PERUBAHAN PANDANG DARAT (LANDSKAP)
- landskap asal berubah menjadi pandang darat budaya
- contoh – kawasan hutan bertukar menjadi kawasan pertanian, petempatan, dan perkilangan.
- Perlombongan petroleum di Kerteh mewujudkan petempatan moden menggantikan petempatan nelayan.

14.4 KESAN RUMAH HIJAU
- gas rumah hijau dibebaskan ke udara dan memerangkap haba
Bumi.
- punca – perindustrian, pertanian, kenderaan bermotor.

14.4 PENIPISAN LAPISAN OZON
- akibat pembebasan CFC ke atmosfera.
- Punca - industri foam, alat pendingin hawa, aerosol.
- CFC bertindak balas dengan cahaya ultraungu telah mengurai O3 menjadi O2 + O


14.5 PULAU HABA
- merupakan fenomena peningkatan suhu dalam Bandar
- berlaku akibat bahan-bahan yang membentuk struktur Bandar menyerap bahangan matahari yang banyak.

14.6 HUJAN ASID
- akibat pencampuran wap air dengan gas-gas pencemar
- gas sulfur dioksida menghasilkan asid sulfuric dan gas nitrogen dioksida asid nitric.

































BAB 15 : LANGKAH- LANGKAH MENGURANGKAN
KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP
ALAM SEKITAR

15.1 PENGHUTANAN SEMULA
- penanaman semula di kawasan hutan
- penanaman semula di luar hutan

15.2 KITAR SEMULA
- mengurangkan pencemaran
- menjimatkan penggunaan sumber
- mengelakkan pembaziran
- menjamin kebersihan persekitaran

15.3 PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
- peringkat sekolah melalui pelajaran Geografi, Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, dan Sivik dan Kewarganegaraan.
- Peringkat pengajian tinggi.
- Peringkat masyarakat.

15.4 PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
- menggunakan teknologi mesra alam
- contoh pembakaran sampah di dalam insenarator.
- Kaedah kawalan biologi dalam pertanian.

15.5 PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
- Agensi – Jabatan Alam Sekitar
- Melalui Akta : Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
- Melalui Peraturan: Peraturan Alam Sekitar ( Sisa Buangan Industri 1979).

15.6 KEMPEN
- Anjuran : Jabatan Alam Sekitar, Sekolah, IPT, NGO.
- Saluran Kempen – media massa, poster, papan kenyataan, laman web.

15.7 PENGGUNAAN TENAGA MESRA ALAM
- Menggunakan sumber alternative untuk mendapatkan tenaga.
- Contoh : biojisim, suria, air dan angin.

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR DI NEGARA LAIN

1. KITAR SEMULA

a. JERMAN
- Ordinan Pembungkusan
- Program ‘Duales System Deunchlang GmBH’

b. TAIWAN
- Garis Panduan Kitar Semula
- Akta Pelupusan Sisa
- Program 4- Dalam – 1

c. DENMARK
- Program Waste 21
- Undang-Undang Affaldsbekendrgoerelsen 1999
- Program Cukai Sisa
- Program Cukai Hijau
- Program Pengembalian Deposit
- Program Subsidi Sisa


2. RAWAT SEMULA AIR

a. JEPUN
- Melalui Reclaimed Water Use Project
- Air sisa dirawat digunakan untuk siraman

b. SINGAPURA
- Program NEWater
- Air sisa domestic dan kilang menjalani proses rawatan dan penapisan menggunakan kaedah dual-membrane ( penapisan mikro dan pembalikan osmosis)

c. CHINA
- Rawat air sisa industri
- Kaedah tradisional – menggunakan pasir dan batu kecil sebagai penapis.

BAB 16 : KEPENTINGAN KERJASAMA
EKONOMI ANTARABANGSA

A. BENTUK KERJASAMA ANTARABANGSA

1. Kerjasama dua hal – contoh , Majlis Perniagaan Amerika Syarikat dengan Malaysia.

2. Kerjasama pelbagai hala – contoh kerjasama Malaysia dengan Negara Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.

3. Kerjasama Serantau – contoh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Kerjasama Akonomi Asia Pasifik (APEC).

4. Kerjasama Kumpulan Negara – contoh G7 ( Kanada, Jepun, Itali, United Kingdom, dan Amerika Syarikat ) , G 15 ( Algeria,Argentina, Brazil, Chile, Mesir, India, Indonesia, Jamaica, Kenya, Malaysia, Mexico, Nigeria, Peru, Senegal, Sri Lanka, Venezuela, dan Zimbabwe )

5. Kerjasama Sedunia – contoh , OIC ( Pertubuhan Negara-negara Islam ), NAM ( Pertubuhan Negara-negara Berkecuali),
WTO ( Pertubuhan Perdagangan Dunia).

6. Segi Tiga Pertumbuhan – contoh, IMT-GT ( Segi tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia, dan Thailand )


KEPENTINGAN KERJASAMA ANTARABANGSA

1. BURUH
- mendapatkan bekalan tenaga buruh asing.
- contoh , buruh Indonesia, Bangladesh, Filipina ke Malaysia.

2. HUBUNGAN PERDAGANGAN
- melalui Pejabat Kedutaan
- MITI ( Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri )
- MATRADE ( Pusat Perdagangan Malaysia ).



3. PELABURAN
- merupakan usaha menggunakan modal untuk memulakan sesuatu
kegiatan ekonomi.
- bentuk pelaburan terus
- melibatkan pelaburan Malaysia ke luar Negara dan pelaburan luar
negara ke Malaysia.
- contoh , MITSUBISHI ( Jepun) melabur dalam Syarikat
PROTON , DAIHATSU ( Jepun) melabur dalam Syarikat
PERODUA, KAWASAKI melabur dalan Syarikat MODENAS.

4. BAHAN MENTAH
- Import bahan mentah
- bahan mentah industri berasaskan sumber
- bahan mentah industri bukan berasaskan sumber
- bahan mentah untuk makanan
- bahan mentah untuk minuman
- petroleum

5. PASARAN
- melibatkan perdagangan dua hala
- Negara pengimport barangan Malaysia – ASEAN, Amerika Syarikat,
Negara Selatan, Kesatuan Eropah, dan Jepun.
- Malaysia membeli barangan dari ASEAN, Jepun, Amerika
Syarikat, Negara-negara Selatan dan Kesatuan Eropah.

6. PEMINDAHAN TEKNOLOGI
- pembelian terus barangan modal – jentra, mesin
- pembelian ekuiti (saham) – syarikat asing memiliki saham dalam
syarikat Malaysia dan memberi latihan kepada pekerja tempatan.
- peraturan paten dan tanda dagangan –syarikat tempatan memohon
kebenaran syarikat asing untuk mengeluar barangan di bawah
jenama yang sama.
- perjanjian pelesenan – syarikat tempatan menjadi pengedar produk
ciptaan syarikat asing.
- aliran sumber manusia – pekerja asing dibawa masuk bekerja di
Malaysia dan memberi latihan kepada buruh tempatan.


TAMAT

No comments:

Post a Comment