Thursday, February 25, 2010

Hoshi Ryoku hotel tertua di Jepun




SEBAHAGIAN daripada pemandangan di Hotel Hoshi Ryoku yang berusia lebih 1,300 tahun. DIKATAKAN hanya satu daripada 10 perniagaan yang ada pada masa kini dapat kekal sehingga lima tahun akan datang. Tetapi keadaan mungkin berbeza di Komatsu Jepun.

Di bandar itu, pernigaan penyediaan tempat penginapan yang di era moden dipanggil hotel masih bertahan walaupun ia diasaskan sejak 1,300 tahun lalu.
Hotel Hoshi Ryoku merupakan hotel tertua di negara matahari terbit itu yang diwariskan dari zaman-berzaman sehingga generasi ke-46 pada hari ini. Dengan rekod permulaan sejak tahun 718 masihi, Hoshi Ryoku yang pernah menjadi tempat persinggahan pengembara dan para pedagang itu kini adalah antara perniagaan yang paling lama bertahan di dunia. Kewujudannya sezaman dengan penguasaan Roman, ketika era kebangkitan Islam di Eropah, ketika penghasilan senjata api serbuk oleh China dan sezaman dengan keruntuhan tamadun Maya.

Hoshi Ryoku masih teguh dan terselamat daripada serangan ninja dan samurai, maharaja dan dua perang dunia. Sejarah hotel ini bermula dengan penemuan telaga air panas oleh pengajar agama Budha iaitu Taicho Daishi yang dikatakan diperolehi melalui mimpi. Selepas dibuka, pusat persinggahan itu semakin popular ekoran kolam air panas yang mujarab untuk mengubat penyakit kulit.

Kini hotel itu menyediakan 100 bilik penginapan, spa semula jadi di dua kolam air panas tertutup dan dua lagi di bahagian luar bangunan.
Keindahan laman dan taman yang dijaga rapi dihidupkan lagi dengan kelibat tetamu yang memakai pakaian tradisional Jepun, kimono. Hoshi Ryoku yang terletak di tengah-tengah bandar Kyoto, wilayah Hokuriku dikelilingi beberapa destinasi menarik seperti bengkel membuat pedang katana, tembikar, tekstil dan pelbagai lagi tempat kebudayaan. Harga penginapan satu malam dengan dua bilik penginapan termasuk hidangan setiap waktu mencecah harga AS$580 kira-kira RM2,000.

No comments:

Post a Comment