Tepung Bungkus Ubi Kayu
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg ubi kayu parut
1 cawan gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan kacang merah (rebus)
Daun pisang (potong kecil untuk bungkus)
CARA MENYEDIAKAN:
1. Mula-mula masakkan santan sehingga pecah minyak sambil dikacau.
2. Kemudian masukkan gula.
3. Apabila gula hancur, barulah masukkan ubi kayu parut bersama kacang dan gaul sebati.
4. Setelah itu ambil daun pisang dan bungkus adunan tersebut kecil-kecil sehingga habis.
5. Selepas itu, bolehlah dikukus sehingga masak.
No comments:
Post a Comment