Gulai Kancah
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg hati lembu (potong dadu)
1 helai daun kunyit
3 keping asam gelugur
3 helai daun limau purut
2 batang serai (ketuk)
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
20 tangkai cili padi merah
1 sudu kecil lada putih
4 cm kunyit
5 cm halia
4 cm lengkuas
CARA MENYEDIAKAN:
1. Rebus hati separuh empuk dan potong dadu.
2. Dalam kuali masukkan gula, garam, asam gelugur, daun kunyit dan daun limau purut.
3. Tuangkan bahan kisar dan tuangkan tiga cawan air.
4. Reneh sehingga kuah kering dan hati empuk.
No comments:
Post a Comment