Tuesday, March 16, 2010

Daun Mengkudu Menghilangkan Jerawat Batu?


Anda yang mengalami masalah jerawat batu tentunya tengah risau sekarang ni, kan? Sebab saya dapati ramai benar yang inginkan petua menghilangkan jerawat batu. Malah kalau anda nak merawat jerawat biasa pun boleh. Takde masalah. Kali ni bahan utama yang anda perlukan adalah daun mengkudu. Tapi anda perlu pilih bahagian pucuknya yer.

gambar daun mengkudu

Gambar daun mengkudu

Anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:

1. Anda ambil segenggam pucuk mengkudu dan bersihkannya.

2. Kemudian, tumbuk pucuk mengkudu tu sampai lumat.

3. Bila dah lumat, anda campurkannya dengan minyak zaitun dan sedikit garam.

4. Gaulkan bahan-bahan tersebut hingga rata.

5. Sekarang, anda picitlah jerawat tu untuk keluarkan nanah. Pastikan anda gunakan hujung jari tau, dan elakkan daripada terkena kuku.

6. Bila dah selesai picit semua jerawat di muka, basuh muka dengan air suam dan lap dengan kain lembut.

7. Baiklah, sekarang anda letakkan bahan-bahan yang telah digaulkan tadi (pucuk mengkudu, minyak zaitun dan sedikit garam) kat tempat jerawat yang telah dipicit.

8. Biarkan ia meresap kat situ lebih kurang dalam jangka masa 5 minit.

9. Sebagai langkah terakhir, cucilah muka anda sekali lagi.

Amalkanlah petua ini sehingga jerawat anda tu sembuh. Mudah-mudahan masalah jerawat anda tu dapat diselesaikan.

Selamat Mencuba!

Rawatan Tumit Kaki Merekah

Tumit kaki yang merekah mencacatkan penampilan seseorang khususnya wanita. Untuk menghilangkan kesan merekah itu, ikuti petua ini.

Ambil sebiji limau purut, kemudian hiris dan gosokkan di tapak kaki setiap pagi sebelum mandi. Amalkan petua ini dengan konsisten, kulit anda pasti tidak merekah lagi.


PETUA KECANTIKAN: TUMIT KAKI TIDAK PECAH



Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.

PETUA KESIHATAN: SAKIT GIGI


Sakit gigi amat menyakitkan. Ia membuatkan anda tidak tenang, cepat marah dan tidak boleh membuat kerja dengan selesa. Caranya, ambil setangkai bunga cengkih dan masukkannya ke dalam gigi yang berlubang. Biarkan beberapa ketika, sakit gigi anda akan berkurangan perlahan-lahan.

Alternatif cantikkan wajah




TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.

Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.

Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.

Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki.

Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.

Minggu ini apa kata cuba petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato.

Mengecilkan liang roma

Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

Merawat jerawat

Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

Membersihkan kulit muka

Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

Menyejukkan kulit yang rosak

Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.

Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

Monday, March 15, 2010

Isnin, Mac 15, 2010.Utusan Malaysia.

LELAKI TUA CEDERA DISERANG KERBAU JANTAN MENGAMUK

KANGAR, PERLIS : Seorang petani, Osman Mat Ya, 70, parah selepas diserang seekor kerbau jantan yang mengamuk di kampung Alor Redis dekat sini hari ini. Kejadian dilaporkan berlaku pukul 10 pagi ketika warga tua itu terserempak dengan haiwan itu yang sedang bersembunyi dalam semak berhampiran rumahnya.

Lelaki itu yang parah pada bahagian rusuk kirinya akibat ditanduk oleh haiwan itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

Pemilik haiwan itu, Yusni Hat 35, berkata kerbau itu sepatutnya disembelih awal hari ini bersama seekor lembu bagi tujuan kenduri di Kodiang, Kedah.

Bagaimanapun kerbau jantan itu mengamuk ketika menunggu masa untuk disembelih, menyebabkan ikatannya terputus dan berlari sejauh 20 kilometer dari Kodiang di Kedah keAlor Redis di Perlis.

Selepas menanduk mangsa, haiwan itu dikatakan melarikan diri ke tengah sawah dan anggota-anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang datang membantu hampir menjadi mangsa serangan kerbau itu.

Bagaimanapun hasrat mengendurikan kerbau itu akhirnya tercapai juga apabila haiwan itu ditembak dengan bahan pelali oleh pasukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebelum disembelih penduduk tempatan dan dijadikan hidangan. -BERNAMA

KENDURI RUMAH BANG KAMAN (SEPUPU KU) DI KG GUAR KEHOR KODIANG ,KAMPONGKU PADA 14.3.2010 .2 PASANGAN ZIKRI DAN MARHAMAH KAMAL


Friday, March 5, 2010

Kari Ketam Istimewa


Kari Ketam Istimewa

BAHAN-BAHAN:

3 ekor ketam (potong dua)

1 sudu kecil herba campur

2 sudu besar serbuk kari ikan

1 tangkai daun kari

2 cawan santan

1 cawan air asam jawa

Sedikit air

Garam dan gula secukupnya

BAHAN KISAR:

3 ulas bawang putih

4 ulas bawang merah

3 cm halia

CARA MENYEDIAKAN:

1. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.

2. Masukkan herba campur, serbuk kari, daun kari dan tumis lagi sehingga pecah minyak.

3. Kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit air dan tumis lagi.

4. Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa.

5. Apabila kuah mendidih, masukkan ketam, dan biarkan ia masak.

Kek Puding Lapis Agar-agar


Kek Puding Lapis Agar-agar

BAHAN KEK:

200 gm sponge mix 4 biji telur

1 sudu besar ovallete

50 ml air Sedikit esen vanila

60 ml minyak


BAHAN PUDING:

200 ml susu cair

200 ml susu segar

90 gm flan vanila

30 gm tepung kastard

Sedikit esen vanila


BAHAN TOPPING:

200 ml air

35 gm gula

1/2 sudu besar serbuk agar-agar

Sedikit perasa lemon

Sedikit pewarna kuning


CARA MENYEDIAKAN:

1. Untuk membuat kek, pukul telur sehingga gebu.

2. Masukkan sponge mix, ovallete, esen vanila, air dan minyak.

3. Pukul sehingga gebu dan masukkan ke dalam acuan empat segi, bakar pada suhu 170oC selama 25 minit.

4. Setelah masak sejukkan dan keluarkan dari acuan. Trim di bahagian tepi kek, kemudian masukkan ke dalam acuan 9 x 9 x 3 inci.

5. Untuk puding, panaskan tiga per empat susu, kemudian masukkan flan vanila.

6. Susu yang selebihnya tadi, kacau sebati bersama tepung kastard dan tuangkan ke dalam flan vanila.

7. Kacau selama 5 hingga 6 minit. Tuangkan puding ini ke atas kek dan sejukkan.

8. Untuk topping, satukan kesemua bahan topping dan masak di atas api sehingga mendidih dan kacau perlahan-lahan. Tuangkan di atas puding pula.

9. Akhir sekali, hiaskan dengan buah anggur. Sejukkan.