Saturday, April 17, 2010



Kuala Gula destinasi burung migrasi




PELANCONG mengambil kesempatan melihat burung botak kecil di kawasan Kuala Gula.


KETIKA menyusuri kawasan hutan paya laut, kelihatan burung botak kecil, burung upeh, kedidi berkaki merah dan bangau besar sedang tenang mencari makan di sepanjang kawasan paya laut yang sedang surut di Kuala Gula.

Tidak terlepas pandangan ialah helang merah berterbangan di udara manakala lotong kelabu, belacak, sekendi kepala besar dan kera di sekitar Ban Joo Kaw hingga ke Teluk Rubiah turut sibuk mengalas perut menandakan kawasan ini mempunyai banyak hidupan liar dan ratusan spesies burung.

Rekod Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mencatatkan terdapat sebanyak 192 spesies meliputi spesies burung yang hijrah dan juga spesies burung residen yang boleh ditemui sepanjang tahun di kawasan ini.

Kuala Gula antara 55 kawasan di Malaysia yang dikenalpasti sebagai Important Bird Area(IBA) melalui beberapa kriteria termasuk penghijrahan burung dari kawasan sejuk.

Aktiviti paling utama ialah pemerhatian burung bermula pada Ogos sehingga April setiap tahun dan menyaksikan lain-lain hidupan liar sekali gus kawasan ini antara kawasan penting populasi spesies pelbagai burung.

Migrasi burung di dunia dan Malaysia terletak dalam laluan East Asian-Australian Flyway bermula dari Siberia melalui China, Mongolia, Hong Kong, Jepun, Korea, Vietnam, Kemboja seterusnya ke Thailand, Malaysia ,Singapura, Indonesia, Papua New Guinea, Australia dan berakhir di New Zealand.

Apabila musim sejuk berakhir di Hemisfera Utara burung-burung ini akan kembali semula ke Siberia untuk membiak melalui laluan yang sama dan akan berulang setiap tahun.

Sesetengah burung ini terbang sejauh 10,000 kilometer (6,200 batu) semasa musim penghijrahan.

Mengapa Kuala Gula menjadi pilihan untuk migrasi burung-burung ini? Kuala Gula sebahagian daripada 40,000 hektar hutan Simpan Paya bakau matang yang mempunyai pantai berlumpur dan pokok-pokok bakau.

Hutan simpan ini terkawal dengan amalan sistem pengurusan hutan bakau yang terbaik di dunia.

Keadaan flora dan fauna dengan spesis tumbuhan seperti bakau minyak, bakau kurap, api-api putih,api-api jambu, api-api ludat, teruntum putih, perepat, nipah,piai raya selain pelbagai spesies teratai menarik perhatian banyak spesis burung memilih kawasan ini sebagai hidupan yang boleh dilihat di kawasan ini.

Faunanya hutan bakau dengan habitat yang dapat menampung spesies hidupan liar selain burung mamalia kecil, reptilia, ketam, udang dan ikan menjadikan kawasan ini lebih menarik.

Hutan bakau dan beting lumpur menyediakan habitat yang sesuai dan sumber makanan yang mencukupi untuk spesies burung ini, selain menyediakan kawasan yang sesuai untuk spesies residen membiak dan mengekalkan diri mereka dengan sesuai dikawasan itu.

Antara spesies burung yang banyak terdapat di kawasan itu ialah bangau kendi, bangau kerbau, burung botak kecil, upeh, helang siput, camar kecil, camar topi hitam kedidi kaki hijau ,kedidi kaki merah, kedidi pasir dan pisau raut.

Juga terdapat pucong seriap, pucong serambu dan burung upeh yang populasinya telah dipantau oleh Perhilitan sejak tahun 1980an lagi.

Dua kawasan utama yang sering direkodkan dengan kehadiran burung Upeh ialah pulau Kelumpang dan pulau Terung mudah dilihat mencari makan di kawasan tasik dan bertenggek di atas pokok atau terbang berlegar-legar di udara.

Satu lagi spesies ialah botak kecil yang diklasifikasikan di bawah burung-burung liar yang dilindungi.

Terdapat 19 spesies burung botak di seluruh dunia dengan 10 daripadanya boleh didapati di Asia Tenggara.

Spesies burung upeh dan botak kecil, sekendi kepala hitam dan kedidi kaki hijau boleh ditemui dengan mudah di persisir Kuala Gula.

Di Malaysia spesies-spesies ini dilindungi oleh Akta Perlindungan Hidupan Liar 76/72.

Namun bagi International Union for Concervation of Nature (IUCN) atau Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam telah mengkelaskan burung upeh dan botak kecil dan kedidi kaki hijau sebagai terancam.

Ancaman utama kawasan ini ialah kemusnahan habitat akibat gangguan manusia, dan pencemaran yang memerlukan perhatian semua pihak supaya kawasan populasi burung utama tidak terjejas sekali gus kawasan yang popular ini tidak lagi hanya tinggal nama. Kewujudan Pusat Konservasi Hidupan Liar (Burung Laut) Kuala Gula semenjak tahun 1985 bertujuan menjalankan aktiviti konservasi.

Menurut Penolong Pegawai Perhilitan Kuala Gula, Zainuddin Busrah, kewujudan pusat ini bukan sahaja dari aspek penguatkuasaan malah termasuk meninjau burung dan kajian-kajian berkaitan burung air.

Katanya, program pendidikan dan kesedaran awam kepada masyarakat khususnya pelajar-pelajar turut dijalankan di pusat ini.

“Pusat ini bertujuan untuk aktiviti konservasi dan menyediakan program pendidikan serta kesedaran awam khususnya kepada pelajar-pelajar dan masyarakat,” katanya.

spesis hidupan liar

Selain itu menurut Zainuddin, pusat tersebut turut menyediakan maklumat mengenai Kuala Gula terutamanya mengenai burung-burung laut dalam bentuk pameran dan diorama disediakan untuk kemudahan pelawat.

Ceramah dan tayangan video mengenai proses migrasi burung dan spesis hidupan liar lain di Kuala Gula boleh dilihat dan ditonton semasa kunjungan ke pusat tersebut.

Pemerhatian burung antara aktiviti paling utama di Kuala Gula dan lain-lain hidupan liar terutama pada bulan Ogos hingga April setiap tahun.

Waktu sesuai untuk pemerhatian burung ialah pada waktu air laut mulai pasang kerana pada waktu begini kebanyakan burung boleh dilihat di tepi air dan kawasan beting lumpur.

Malah aktiviti pemerhatian burung boleh dilakukan sama ada secara berjalan kaki sepanjang ban atau menaiki bot di sepanjang anak sungai dan beting lumpur.

Bot boleh disewa daripada penduduk tempatan atau calet berdekatan dengan harga berpatutan.

Bukan sahaja pemerhatian burung kelebihan Kuala Gula ialah memerhati kelip-kelip pada waktu malam juga antara aktiviti menarik.

Pelancong juga boleh melakukan aktiviti memancing pelbagai spesies ikan seperti kerisi (Nemipterus spp),duri (Arius spp) dan sembilang (Plotosus spp).

Seperti kawasan pelancongan lain usaha menjadikan Kuala Gula lebih istimewa dan terkenal perlu diperluaskan lagi oleh pihak tertentu termasuk kerajaan negeri.

Persatuan pencinta alam seperti Global Environment Centre (GEC) yang diketuai Balu Perumal dan kumpulannya antara persatuan aktif yang kerap kali turun membuat kajian, pemerhatian supaya kawasan ini tidak lagi terabai sehingga burung hijrah dan habitat dikawasan itu tiada lagi.

Malah Sahabat Hutan Bakau (SHB) sebagai komuniti nelayan di Kuala Gula yang diterajui Zakaria Mohamad, 50, memungkinkan persoalan ini terjawab. Begitu juga ahli Kelab Pencinta Alam(KPA) Kedah atas inisiatif pengerusinya, S. Kalaimani bersama pelajar yang juga ahli KPA SMK Teloi Kanan Baling diketuai Pengetuanya, Noriah Bahari dengan 200 ahlinya setiap bulan datang dengan perbelanjaan sendiri bagi menjayakan hasrat menyelamatkan kawasan hutan paya laut sejak tahun 2007 lagi.

Seperti kata S. Kalaimani, menjaga alam sekitar termasuk habitatnya sudah menjadi satu tanggungjawab besar terutama mendidik generasi muda seperti pelajar SMk Teloi Kanan ini.

Mampukah SHB, pelajar SMK Teloi Kanan bersama GEC ini bersendirian melakukan perubahan di Kuala Gula.

Penghuni alam di Kuala Gula perlu diselamatkan dan sudah sampai masanya mesej menjadikan alam lebih terjamin disahut oleh semua pihak.

Pencinta dan kajian mengenai spesis burung di kawasan itu boleh diperluas kerana dari segi geografinya mengapa kawasan ini telah menjadi lokasi persinggahan tetap burung dari kesejukan hemisfera utara.

Apakah bakau, kawasan paya laut, beting lumpur dan air pasang surut di Kuala Gula menjadi kelebihan burung hijrah ini? Kuala Gula perlu diangkat statusnya menjadi kawasan utama dunia mengenai spesies burung.



Sembelit penyebab buasir







Rawatan buasir yang paling baik adalah pencegahan tetapi ia boleh dirawat melalui ubat dan pembedahan seperti ligasi pita getah, hemorhoidektomi, eksisi dan igasi Arteri Buasir (HAL Doppler).


MENGIKUT pendapat umum, buasir adalah topik yang jarang dibincang secara terbuka. Ini adalah kerana perasaan malu iaitu buasir terjadi di bahagian sulit. Kehadiran tisu buasir adalah sebagai komponen normal di dalam anatomi manusia. Buasir biasanya terdiri daripada kusyen vaskular (yang kaya dengan saluran darah) di dubur yang bertindak sebagai lapik termampat untuk membenarkan dubur tutup sama sekali. Buasir akan menaikkan simptom atau membawa masalah apabila ia membesar, lazimnya hasil daripada tekanan atau stres yang berlebihan.

Bagi kebanyakan dewasa, di satu tahap atau lain terpaksa menghadapi dengan pendarahan, kegatalan, lelehan lendir dan kadangkala kesakitan yang memaklumkan akan situasi buasir. Malangnya, buasir cenderung untuk menjadi lebih teruk hari demi hari. Situasi ini harus dirawat secepat mungkin selepas mendapat tahu mengenainya kerana terdapatnya perubatan dan rawatan yang berkesan. Selalunya, buasir memerlukan hanya penjagaan sendiri dan perubahan dalam cara hidup di peringkat awal tanpa memerlukan rawatan yang kompleks. Paras pesakit yang mengalami buasir yang lama dan kronik akan memerlukan rawatan pembedahan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup untuk pendarahan, kesakitan dan buasir prolaps (tergelincir keluar).

Pakar Bedah Kolorektal Pusat Perubatan Prince Court, Prof. Dr. Yunus Gul Alif Gul berkata, buasir merujuk kepada urat darah di dalam dinding dubur.

"Kedudukannya berada di bawah selaput lendir iaitu lapisan dubur yang paling dalam.

Tekanan berlebihan di bahagian rektum menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol, kadangkala boleh pecah, menyebabkan buasir," katanya.

Menurut Dr. Yunus Gul, di dalam saluran dubur manusia terdapat kusyen vaskular di antara anus dengan rektum bawah, menjadikan otot-otot dubur menjadi elastik atau kenyal.

Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

Lama-kelamaan ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesannya apabila dikesat tisu tandas.

Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, cirit-birit juga boleh menjadi puncanya.

Tambah Dr. Yunus Gul, pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya buasir tetapi boleh jadi petunjuk kepada lain-lain penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal.

"Mereka yang mempunyai sebarang gejala atau pendarahan dubur lebih baik terus berjumpa doktor. Ada juga pesakit yang tidak menunjukkan sebarang gejala awal," katanya.

Dr. Yunus Gul turut melahirkan kekecewaannya apabila kebanyakan pesakit hanya berjumpa doktor setelah buasir memasuki peringkat teruk.

Pada ketika itu, katanya, pilihan rawatan yang ada hanyalah pembedahan yang sepatutnya boleh dielakkan jika mereka merujuk pendarahan awal kepada doktor.

Punca-punca buasir

l Sembelit dan meneran berlebihan ketika membuang buasir.

l Pekerjaan yang melibatkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.

l Obesiti, kehamilan dan melahirkan anak.

Walaupun kadangkala buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, ini adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir. Penyakit ini boleh dicegah dan simptomnya dapat dikawal jika diurus pada peringkat awal. Walaupun dengan rawatan, pesakit harus mengubah cara hidup mereka untuk mengelakkan berulangnya masalah.

Rawatan

Rawatan buasir melibatkan langkah-langkah yang boleh dilakukan sendiri berdasarkan nasihat daripada doktor anda. Rawatan yang paling baik adalah pencegahan. Diet makanan yang tinggi dengan serat dan sebahagian besar dapat mengelakkan sembelit dan meneran berlebihan. Kadangkala ubat-ubatan atau prosedur pembedahan juga diperlukan untuk tujuan rawatan.

Rawatan perubatan

Ini adalah amat berguna terutamanya bagi pesakit buasir dengan tahap pertama. Jika buasir anda hanya wujud dengan ketidakselesaan yang sedikit, doktor anda boleh mencadangkan krim dari kaunter farmasi atau salap yang selalunya mengandungi anestetik sederhana atau agen melegakan kesakitan atau steroid. Bentuk rawatan perubatan ini, dengan gabungan nasihat untuk perubahan diet dan pembukaan usus yang betul, dilengkapkan dengan mandian air panas setiap hari yang dapat melegakan simptom tersebut.

Walau bagaimanapun, salap telah dikenal pasti menyebabkan tahap sensitif kulit yang tinggi dengan penggunaan jangka panjang. Pesakit dinasihatkan untuk mengelak penggunaan bagi tempoh yang lama. Daflon adalah sejenis ubat yang diestrak daripada sejenis kulit oren khas yang selalunya digunakan dalam merawat buasir. Ubat ini bertindak melindungi dan memperkuat saluran pembuluh darah di dalam tisu buasir dan mengurangkan pengembangan saluran tersebut. Ini adalah lebih sesuai bagi pesakit buasir dengan tahap pertama atau kedua dan tidak sesuai untuk merawat buasir yang di tahap seterusnya serta buasir luaran.

Prosedur lain termasuk pembedahan

l Ligasi pita getah

n Satu atau dua pita getah yang kecil akan diikat di sekitar dasar buasir dalaman untuk menghentikan pengedarnya. Dalam masa beberapa hari, buasir itu akan tanggal sendiri tanpa rasa sakit.

l Jika prosedur lain tidak berjaya atau jika anda mempunyai buasir yang besar, doktor pakar anda akan membuang tisu berkenaan dalam satu prosedur yang dikenali sebagai hemorhoidektomi. Pembedahan ini dilakukan sama ada dengan menggunakan bius setempat digabungkan dengan sedatif (ubat penenang), anestetik spina atau bius umum.

l Pembedahan eksisi. Ia dikaitkan dengan tahap kesihatan yang lebih tinggi kerana bahagian bawah kulit dan saluran anus yang kaya dengan saraf fiber akan dieksisi ketika pembedahan.

l Ligasi Arteri Buasir (HAL Doppler) lazimnya sesuai untuk buasir berdarah termasuk buasir tahap ketuga. Sejenis alat ultrabunyi yang menggunakan gelombang bunyi untuk mengenal pasti arteri buasir yang akan diligasi. Ini mengurangkan pengaliran darah kepada buasir dan mengecutkan sebahagian besar longgokan dan perhentian pendarahan. Ia adalah prosedur sehari yang tidak sakit dan dilakukan di bawah anestetik umum atau spina, memberi hasil yang baik dan harapan yang cerah.



USUS KOTOR, PUNCA PELBAGAI PENYAKIT !

Toksin dan Sembelit Pengamalan Cara Hidup Moden dan Pengumpulan Toksin.
Cara kehidupan zaman moden adalah kurang sihat hasil dari pencemaran udara, air dan makanan yang dipenuhi dengan pelbagai toksin. Makanan seharian yang diambil oleh kita pada zaman moden mengandungi protein dan lemak haiwan yang tinggi. Ditambah pula dengan cara hidup yang kurang bersenam telah mengakibatkan bahan buangan bertoksin terkumpul di dalam usus dan terjadinya sembelit dan najis terlonggok. Najis terlonggok ialah sejenis toksin yang boleh menjejaskan kesihatan badan. Ia amat sukar dihapuskan. Jika anda mempunyai masalah berat badan, maka salah satu sebab utamanya adalah terdapat banyak najis terlonggok.

Apakah itu sembelit ?
Mengikut kajian usus yang dilakukan oleh pakar, walaupun kita membuang air besar secara normal setiap hari, tetapi terdapat 6-10 paun najis terlonggok di dalam usus kita. Pernahkah anda berkata ~ Saya tidak sembelit, saya buang air besar setiap hari dan tidak perlu membersihkan usus! Sebenarnya anda silap. Walaupun kita membuang air besar setiap hari, ramai tidak sedar bahawa mereka mungkin mempunyai masalah usus. Seringkali keseluruhan usus besar terlonggok dengan najis lama dan bahan kumuh yang mengeras. Ia hanya membenarkan najis yang lembik dan kecil untuk melalui saluran usus yang sempit. Akibatnya kebanyakan dari kita mempunyai masalah sembelit dan najis terlonggok.

Apakah itu Najis Terlonggok ?
Sembelit merupakan masalah yang disebabkan kesukaran untuk membuang air besar dan najis terlonggok adalah bahan toksin yang terlekat di usus akibat daripada perkumuhan yang tidak sihat. Bahan toksin ini akan diserap oleh mucus usus dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, tekanan darah tinggi, masalah kesihatan jantung, hati, buah pinggang, kencing manis dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membawa masalah seperti kulit yang berkedut, jerawat dan sakit ketika dating haid. Justeru itu, cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah kesihatan di atas adalah menghapuskan masalah sembelit dan menyahkan najis yang terlonggok di dalam usus.


SUDUT KESIHATAN

Mengnyahtoksik Rahsia Untuk Kekal Muda dan Sihat
Para penyelidik dan pakar-pakar penjagaan kesihatan bercaya bahawa sisa makanan dan toksin yang terkumpul di dalam badan dalah penyebab utama bagi penyakit dan penuaan pramasa.Penyahtoksinkan secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan.

Kebanyakan program menyahtoksik melibatkan program berpuasa, pengawalan diet dan rawatan lain yang menyusahkan. Kini , terdapat satu program menyahtoksik yang lebih mudah dan praktikal, malah juga berkesan untuk membantu anda kekal muda dan sihat.

Beberapa masalah kesihatan yang biasa dikaitkan dengan pengumpulan toksin termasuk:-
  1. Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
  2. Sembelit atau cirit-birit yang kerap
  3. Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
  4. Kuku dan rambut yang rapuh
  5. Badan dan nafas berbau
  6. Sering sakit kepala
  7. Sakit leher , bahu , sendi dan otot
  8. Peredaran darah yang lemah รข€“ tangan atau kaki sejuk
  9. Imsomnia atau masalah tidur
  10. Meradang dan kemurungan
  11. Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid
  12. Berat badan dan pembendungan air dalam badan
  13. Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap
  14. Alergi dan pengidaman makanan
  15. Peningkatan tekanan darah
  16. Kurang tenaga syahwat.

Apa yang anda dapat jangkakan dari program mengnyahtoksik yang baik
  1. Kesihatan keseluruhan yang lebih baik & rasa lebih bertenaga dan cergas
  2. Daya ketahanan badan yang lebih kuat
  3. Fungsi penghadaman yang lebih baik & kurang angin dan senak
  4. Pembuangan air besar yang kerap
  5. Daya ingatan dan daya tumpuan yang lebih baik
  6. Kulit yang lebih cerah dan sihat
  7. Badan yang lebih langsing
  8. Ketiadaan sakit-sakit dan sengal-sengal badan.

Ia adalah hampir mustahil untuk kita mengelakkan diri daripada toksin-toksin ini kerana ianya berada di mana-mana sahaja. Dalam makanan kita racun rumpai dan racun serangga dalam buah-buahan dan sayur-sayuran ,bahan kimi dan logam berat dalam ikan dari sungai dan laut yang sangat tercemar, antibiotik dan hormon dalam ayam, itik dan daging.

Dalam air minuman kita klorin, logam berat, bahan kimia , bakteria dan parasit dari sumber air yang tercemar dan paip air yang lama.Dalam udara yang kita sedut bahan kimia dan asap berkabut dari kilang-kilang, asap kenderaan, asap rokok , serta asap dari pembakaran terbuka dan hutan terbakar dari negara-negara jiran. Dari proses-proses badan sisa metabolik dan pereputan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan.

Usus bermasalah mengundang penyakit usus kita
Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan barkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.

Bagaimana usus toksin menjejas kesihatan kita ?
Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin.

Kelebihan pembersihan usus
Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.

Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.


FAKTA-FAKTA MENGGEMPARKAN
  • 90% pelbagai penyakit adalah berkaitan dengan usus yang tidak bersih - [KOLEJ PERUBATAN ENGLAND]
  • 500,000 kematian diseluruh dunia adalah disebabkan Kanser Kolon [THE STAR, 13 MEI 2004]
  • 5 juta rakyat Malaysia mengalami pelbagai masalah penghadaman seperti kesakitan bahagian perut, kembung, sembelit dan lain-lain


Leptospirosis undang derita




KEBELAKANGAN ini, kisah mengenai virus kencing tikus (leptospirosis) kembali menjadi bualan ramai.

Ini berikutan kematian pelawak terkenal, Allahyarham Din Beramboi (yang mulanya dikatakan akibat kencing tikus, namun disahkan demam denggi berdarah) dan seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terpaksa dipotong dua belah kaki serta sebelah tangan akibat virus ini.

Secebis kisah Wan Aini Wan Ibrahim, pelajar berusia 21 tahun yang kini menjalani hidup sebagai insan istimewa sangat menyentuh hati.

Gadis ini mulanya hanya mengalami demam biasa selama dua hari, namun tidak mendapatkan rawatan doktor kerana menganggap ia tidak serius.

"Ia berlaku selepas raya puasa tahun lalu. Jadi saya ingatkan ia demam biasa akibat tersalah makan sahaja," katanya yang dihubungi Kesihatan baru-baru ini.

Disebabkan demamnya tidak kebah, Wan Aini dibawa rakannya ke Klinik Desa Tanjung Malim untuk mendapat rawatan dan pada peringkat awal, disyaki menghidap demam denggi berdarah.

Kemudiannya, setelah demam semakin teruk, dia dirujuk ke Hospital Slim River dan semasa di hospital itu, Wan Aini tidak sedarkan diri (koma) selama kira-kira 17 hari.

Dalam tempoh itu juga, kedua belah kaki dan tangan kiri serta dua batang jari kanannya mula mengalami gangren (sel darah mati).

Disebabkan keadaannya agak serius, Wan Aini dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh.

"Doktor di sana menasihati saya menjalani pembedahan untuk memotong bahagian yang mengalami gangren untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk," katanya.

Atas permintaan keluarga dan memudahkan urusan penjagaan, Wan Aini dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu, Kelantan pula.

Gadis dari Kampung Durian Telor, Pasir Akar, Hulu Besut, Terengganu itu terpaksa menerima hakikat kedua-dua kaki pada paras bawah lutut, tangan kiri dan dua jari tangan kanannya dipotong akibat penyakit itu.

Menurut Wan Aini, berdasarkan maklumat yang ditulis doktor pada satu dokumen, dia menghidap leptospirosis.

"Saya sendiri tak pernah mendengar perkataan itu. Jadi, saya minta tolong seorang sahabat untuk mendapatkan maklumat tentangnya," katanya lagi.

Wan Aini pasrah dengan ketentuan Ilahi terhadapnya. Walaupun awalnya merasa sukar untuk menerima hakikat, dia yakin ada hikmah yang tersembunyi.

Nasihat dan semangat yang diberikan ibu bapa, kakak, adik-beradik dan rakan-rakan menjadi dorongan gadis ini bangkit meneruskan kehidupan.


PERSEKITARAN yang kotor mengundang masalah penyakit berjangkit.


"Sekurang-kurangnya saya masih dianugerahkan nyawa untuk terus bernafas dan berbakti di atas muka bumi ini," kata pelajar Pengajian Bahasa Malaysia Dengan Pendidikan ini.

Walaupun kini pergerakannya tidak lagi seperti dulu, Wan Aini tidak mahu menjadikan ia penghalang untuk terus mengejar kecemerlangan.

Minatnya untuk bergelar pendidik tidak pernah luput, malah dengan kekurangan ini menjadikan semangat gadis tabah terus membara untuk meneruskan pelajaran.

"Saya yakin ketentuan Allah SWT itu ada sebabnya. Mungkin keadaan saya ini boleh memberi semangat dan harapan kepada insan lain agar tidak mudah berputus asa," kata Wan Aini lagi.

Bakal meneruskan pengajian pada Julai nanti, gadis ini akan mula memakai kaki palsu yang disumbangkan oleh pihak kebajikan HRPZII dan menjalani rawatan fisioterapi minggu depan.

Ujarnya, kehidupannya masih seperti dulu. Segala keperluan diri dilakukan sendiri dan sebolehnya Wan Aini tidak mahu menyusahkan sesiapa terutama kedua ibu bapanya.

Sememangnya kes seperti Wan Aini jarang berlaku di Malaysia. Namun kita perlu berwaspada kerana musibah itu tidak mengira siapa dan bila.

Menyingkap perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia, pada 2007 sahaja kes leptospirosis meningkat secara mendadak kepada 929 berbanding 527 kes pada tahun sebelum itu. Sejauh manakah berbahayanya penyakit ini dan apakah tindakan yang harus dilakukan untuk mencegahnya? Kesihatan minggu ini mendapatkan penjelasan lanjut mengenainya.

Simptom-simptom:

Masa pengeraman di antara dua hingga 26 hari (anggaran 10 hari). Ia boleh berlaku dalam dua fasa:

1. Pesakit mengalami simptom-simptom penyakit yang pelbagai. Antara 75 hingga 100 peratus pesakit bermula dengan demam secara tiba-tiba, menggigil, sakit-sakit badan, sakit kepala. Manakala 25 hingga 35 peratus kes melibatkan batuk tidak berkahak dan 50 peratus kes mengalami sakit perut, muntah, loya, cirit-birit. Pesakit akan pulih sebelum mereka kembali jatuh sakit.

2. Keadaan pesakit menjadi lebih teruk hingga menyebabkan organ-organ dalaman gagal berfungsi.

Kebanyakan kes sembuh, bagaimanapun kematian boleh berlaku dalam kes-kes yang serius dan tidak mendapat rawatan yang sewajarnya. Pesakit boleh mendapat kegagalan fungsi buah pinggang, hati, masalah pernafasan, pendarahan yang teruk, sel darah merah pecah hingga menyebabkan penyakit kuning dan infeksi di bahagian otak (meningitis)

Persekitaran

Penyakit ini boleh berlaku kepada mereka yang berkerja di ladang-ladang, sawah, penternakan binatang, di kawasan setinggan, tapak pembinaan kawasan perumahan di mana kuman itu didapati hidup di tanah atau air kotor kerana sistem saliran yang kurang memuaskan seperti air bertakung.

Mereka yang berkunjung di tempat-tempat air kotor seperti air sungai atau tasik yang tercemar turut berisiko tinggi. Ia juga boleh berleluasa semasa musim banjir apabila seseorang meredah air banjir yang telah dicemari dengan kuman Leptospira. Kuman ini memasuki badan seseorang jika terdapat luka di kaki atau di mana-mana bahagian badan.

Mereka yang mempunya risiko untuk mendapat penyakit ini adalah mereka yang melakukan pekerjaan seperti pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pekerja sistem pembentungan, pesawah, peladang, penternak dan anggota tentera.

Diagnosis jangkitan

Dikesan melalui ujian darah. Darah pesakit akan diambil dan ujian serologi ELISA (antibodi) akan dilakukan. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit dan kekal selama 30 hari.

Rawatan

Kebanyakan jangkitan yang disebabkan oleh kuman ini akan sembuh dengan sendirinya. Pesakit yang mendapat jangkitan leptospira yang lebih serius akan dirawat dengan ubat antibotik seperti Doxycycline, Erythromycin, Penicillin, Cefotaxime dan Ceftriaxone untuk memendekkan tempoh penyakit dan mengurangkan pengeluaran kuman leptospirosis di dalam air kencing pesakit. Jangka masa rawatan selalunya antara lima hingga tujuh hari.

Penjagaan sokongan perlu diberikan kepada pesakit yang mengalami komplikasi seperti pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang. Mereka mungkin memerlukan rawatan untuk mencuci buah pinggang melalui dialisis, bantuan sokongan pernafasan, pemindahan darah dan lain-lain.

Saturday, April 3, 2010

Imam Ghazali (Ihya Ulumuddin) mengenai ciri-ciri anak mithali antaranya:

1. Berbicara dgn Ibubapa dengan suara lemah lembut.
2. Tidak melarikan pandangan mata ketika berbicara dengan Ibubapa
3. Tidak berjalan di depan Ayah dan Ibu melainkan tunduk tanda hormat.
4. Tidak mendahului Ayah dan Ibu duduk.
5. Sentiasa Doakan kebaikan IbuBapa
6. Tidak Bercekak pinggang di hadapan Ibu dan Ayah
7. Tidak menghina Ibu dan Ayah (Dengan kata atau perbuatan)
8. Mengurus Ibubapa yang uzur tanpa berkira
9. Menyediakan keperluan Ayah dan Ibu seperti makan dan minum
10. Segera datang kepada mereka apabila dipanggil.
Berkatnya hidup Ibubapa bila anak kita ada 10 ciri demikian

RAHSIA BULAN KELAHIRAN MENGIKUT KAJIAN 25 TAHUN OLEH DR FADZILLAH KAMSAH



JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI
berfikiran abstrak, sukakan benda yang reality dan abstrak inteligent, bijak dan genius, berpesonality yg mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yg lasak, emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya, tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi

MAC
berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.

APRIL
sgt aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada, sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI
kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam, cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri)suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu, bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yg tinggipermikiran yg tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera,seni & muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros

JUN
berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, perangaiidea @moodidea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalahkawan saya.

JULAI
Sangat seronok didamping, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkanMudah dipujuk dan bercakap lurusSangat menjaga hati orang lainSangat peramahEmosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinyaBerjiwa sentimental jarang berdendam mudah memaafkan tapi sukar melupakan tidak suka benda remeh-temeh membimbing cara fizikal dan mental sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang layanan yg serupa dgn semua orang tinggi daya simpati pemerhatian yg tajamsuka menilai org lain dgn pemerhatian mudah dan rajin belajar suka muhasabah diri suka megenangkan peristiwa atau kawan lamasuka mendiamkan dirisuka duduk dirumahsuka tunggu kawan tapi tak cari kawantak agresif kecuali terpaksa lemah dari segi kesihatan perutmudah gemuk kawal tak kawal dietminta disayangimudah terluka hati tapi lambat pulihterlalu mengambil beratrajin dalam membuat kerja

OGOS
suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut. orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa. cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan. sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin. sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat. sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik ,pengasih,penyayang suka mencari kawan

SEPTEMBER
sangat bersopan santun & bertolak ansursangat cermat,teliti & teratursuka menegur kesilapan org lain & mengkritik pendiam tapi panda bercakapsikap sangat cool sangat baik & mudah simpati sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujurkerja yg dilakukansangat sempurnasangat sensitif ygtidak diketahuiorg yg banyak berfikir daya pentaakulan yg baikotak bijak & mudah belajarsuka mencari maklumat kawal diri dari terlalu mengkritikpandai mendorong diri sendirimudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsiasuka sukan,hiburan & melancongkurang menunjukan perasaannyaterluka hatinya sangat lama disimpan terlalu memilih pasangansukakan benda yg luasbersistematik

OKTOBER
suka sembang suka org yg sayang padanyasuka ambil jln tengahsangat menawan & sopan santun kecantikan luar & dalamtidak pandai berbohong & berpura-puramudah rasa simpati,baik pentingkan kawansentiasa berkawanhatinya mudah terusik tetapimerajuknya tak lamacepat marahmacam pentingkan diri sendiritidak menolong org kecuali dimintasuka melihatdari perspektifnya sendiritidak sukaterima pandangan orglainemosi yg mudah terusiksuka berangan & pandaibercakapemosi yg kelam kabutdaya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)suka melancong,bidang sastera & senipengasih ,penyayang & lemah lembut romantik dlm percintaanmudah terusik hati & cemburuambil berat tentang org lainsuka kegiatan luarorg yg adilboros & mudah dipengaruhi persekitaranmudah patah semangat

NOVEMBER
banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, taksuka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi, dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurahBersifat patriotikSangat aktif dalam permainan dan pergaulanSikap kurang sabar dan tergesa-gesaBercita-cita tinggiSuka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasiSeronok didampingiSuka bercampur dgn org Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelaiSangat jujur amanah dan bertolak ansurTidak pandai berpura-puraCepat marahPerangai yg berubah-ubahTidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggiBenci pada kongkonganSuka berlawakPandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

Bookmark and Share

Asid alfa lipoik anti oksida serba boleh

Asid alfa lipoik merupakan nutrien anti oksida yang dihasilkan oleh tubuh dan ia membantu menukar glukosa dalam darah kepada tenaga. Sebagai anti oksida ia adalah bahan yang melawan radikal bebas, iaitu sisa produk yang terhasil dalam tubuh. Penghasilan radikal bebas ini akan menyebabkan tindakbalas kimia yang berbahaya yang merosakkan sel-sel dalam tubuh. Kesannya, ia menyukarkan atau melemahkan keupayaan tubuh untuk melawan jangkitan, selain merosakkan organ-organ dan tisu-tisu tubuh. Di kalangan penghidap diabetes, penghasilan radikal bebas mungkin lebih ketara berbanding dengan orang yang normal. Sebab itulah masalah kebas, rasa mencucuk, pedih atau sakit terutamanya pada kaki akibat terjejasnya kesihatan saraf akan lebih ketara di kalangan penghidap diabetes.

Walaupun seseorang itu bukan penghidap diabetes, anda masih boleh memperolehi manfaat darinya memandangkan ia bersifat anti oksida yang berguna untuk melawan kesan radikal bebas. Berbanding dengan anti oksida lain yang berkesan hanya dalam persekitaran berair (seperti vitamin C) atau tisu-tisu berlemak (seperti vitamin E), asid alfa lipoik bertindak dalam kedua-dua persekitaran ini. Ini bermakna ia boleh bekerja di seluruh tubuh. Selain itu, bukti menunjukkan asid alfa lipoik boleh membantu memulih anti oksida ini dan menjadikan mereka aktif semula.

Berdasarkan laporan Science Daily pada Mei 2007, asid alfa lipoik didapati memperlahankan proses penuaan pada haiwan dengan memperbaiki pengaliran darah dan menguatkan sistem imun serta memberi kesan kepada beberapa faktor yang terlibat dalam penuaan. Hasil penyelidikan yang dibentangkan semasa persidangan mengenai diet dan kesihatan di Universiti Oregon State mendedahkan bahawa nutrien ini membantu mengekalkan paras glutation, iaitu kompaun anti oksida pelindung dan detoksifikasi. Ia juga bertindak sebagai agen anti-radang dan ia sesuai dengan pelbagai penyakit degeneratif.

Asid alfa juga merupakan anti oksida yang boleh memainkan peranan dalam melindungi sel-sel hati daripada kerosakan radikal bebas serta turut membantu vitamin-vitamin B dalam penghasilan tenaga daripada metabolisme karbohidrat, protein dan lemak

Sunday, March 28, 2010



Pemeriksaan awal kanser kolon


Berhenti merokok, mengurangkan atau berhenti mengambil alkohol dan banyakkan bersenam adalah terbukti dapat mencegah daripada mendapat kanser.


KANSER kolon atau kanser rektum yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal menyebabkan 655,000 kematian di seluruh dunia setiap tahun. Ia merupakan penyebab utama kematian di kalangan lelaki Malaysia dan pembunuh ketiga di kalangan wanita negara ini.

Kanser kolon bermula dengan polip. Peringkaan permulaan polip akan tumbuh berbentuk benjolan kecil seperti cendawan di permukaan kolon. Polip adalah petanda awal kanser kolon. Kebanyakan polip tidak berbahaya tetapi ada sesetengahnya boleh bertukar menjadi kanser.

Kanser kolon boleh dicegah dan dirawat sekiranya dikesan awal. Oleh itu cara untuk mengelak daripada mendapat kanser kolon adalah dengan menjalani pemeriksaan doktor.

Pemeriksaan awal oleh doktor

Pemeriksaan awal bertujuan mengenalpasti atau mengesan kanser kepada pesakit yang tidak menunjukkan tanda gejala dan tidak mempunyai sejarah penyakit kanser kolorektal. Kanser kolon boleh menyerang tanpa sebarang tanda. Adalah penting untuk menjalani pemeriksaan, atau ujian, oleh doktor walaupun anda tidak mengalami sebarang tanda dan gejala.

Berdasarkan data yang diperolehi dari negara barat, individu yang berisiko tinggi dan mencapai usia 50 tahun digalakkan menjalani pemeriksaan awal pada usus iaitu kolonoskopi. Individu yang berisiko tinggi yang dimaksudkan adalah mereka yang mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit kanser kolon. Mengikut panduan American College of Gastroenterology, jika anda mempunyai saudara terdekat (ibu bapa atau adik-beradik) menghidapi kanser kolon pada usia 60 tahun ke atas atau sebelum umur 60 tahun, anda perlu mula menjalani pemeriksaan usus atau kolonoskopi pada umur 40 tahun. Atau anda perlu melakukan pemeriksaan 10 tahun lebih awal daripada pesakit yang paling muda. Sebagai contoh, jika adik beradik anda menghidapi kanser kolon pada umur 38 tahun, anda perlu menjalani pemeriksaan pada umur 28 tahun.

Pemeriksaan awal oleh doktor untuk kanser kolorektal adalah penting untuk mengelakkan kanser kolon. Tetapi, ia memerlukan banyak sumber dan tenaga manusia untuk melakukannya. Selain daripada kolonoskopi yang merupakan cara terbaik untuk mengesan kanser kolorektal, terdapat kaedah lain untuk mengesan kanser kolon seperti pemeriksaan darah dari najis, barium enema, sigmoidoskopi dan imbasan kolonografi CT.

Mengesan kanser kolon

Jika dikesan awal, peluang untuk sembuh adalah lebih tinggi bagi penghidap penyakit kanser kolon. Malangnya, kebanyakan pesakit berjumpa doktor apabila kanser pada tahap sudah teruk. Mereka enggan berjumpa doktor hingga tanda gejala berlarutan beberapa bulan.

Dan apabila mereka berjumpa dengan doktor, kanser tersebut mencapai tahap 3 (tahap yang agak teruk) atau 4 (kanser yang telah merebak ke organ lain, seperti hati atau peparu). Tahap 4 merupakan kanser terminal dan kemungkinan peluang untuk hidup adalah tipis. Diagnosis awal adalah penting dan seharusnya pesakit mendapatkan rawatan segera sejurus mempunyai tanda gejala kanser kolorektal.

Sekiranya anda mempunyai tanda gejala kanser kolon dan mendapatkan pengesanan awal doktor, doktor anda mungkin akan melakukan pemeriksaan usus atau kolonoskopi di bawah pembiusan ringan. Kolonoskopi adalah prosedur yang boleh dilakukan di bilik rawatan harian. Dalam prosedur kolonoskopi doktor akan menggunakan skop iaitu satu tiub panjang dan boleh melentur (fleksibel) dengan garis pusat ½ inci. Tiub ini disambungkan ke alat perakam kamera video untuk doktor memeriksa seluruh kolon dan dubur (rektum). Prosedur ini boleh dilihat oleh doktor dengan jelas pada skrin televisyen. Semasa prosedur, doktor boleh membuang polip atau mengambil sampel tisu yang tidak normal di dalam usus untuk dianalisis. Pembuangan polip bertujuan mengurangkan risiko pesakit mendapat kanser. Prosedur kolonoskopi berguna untuk mendiagnos penyakit dan ia juga berguna merawat pendarahan usus, membuang polip dan merawat usus yang tersumbat disebabkan kanser kolon.

Barium enema dan imbasan kolonografi adalah satu lagi cara yang sesuai untuk mendiagnos kanser kolon yang telah menyumbat lubang usus. Tetapi dengan cara ini doktor tidak dapat mengambil sampel tisu kolon untuk dianalisa. Ujian darah CEA (Carcinoembryonic Antigen) tidak tepat untuk mengesan kanser kolon. Bagaimanapun, bacaan CEA yang tinggi tidak semestinya menunjukkan pesakit menghidap kanser kolon, tetapi kemungkinan pesakit menghidap kanser paru-paru atau kanser perut. Bacaan CEA yang tinggi boleh juga dikesan di kalangan perokok. Untuk peringatan, bacaan CEA pada paras normal tidak semestinya bermaksud seseorang itu bebas dari kanser kolon.

Rawatan

Pembedahan - Harapan pesakit kanser kolon untuk sembuh adalah dengan menjalani pembedahan. Sekiranya ketumbuhan yang dialami oleh pesakit belum merebak, pembuangan sebahagian usus melalui pembedahan akan dilakukan. Cara pembedahan yang dilakukan bergantung pada lokasi ketumbuhan. Jika kanser tersebut adalah terlalu dekat dengan dubur, pesakit mungkin memerlukan beg kolostomi sementara dan kolon disambung semula selepas beberapa bulan. Lebih awal kanser dapat dikesan, lebih besar peluang pesakit dapat hidup dengan jangka masa yang lebih panjang.

Pembedahan kadang-kala juga akan dijalankan ke atas pesakit yang mengalami kanser terminal di mana penyumbatan keadaan usus tersekat disebabkan kanser yang terlalu besar dan menutup lubang usus, yang juga boleh menyebabkan kebocoran usus. Colonic stenting atau proses penggunaan pendawaian tiub adalah alternatif lain untuk mengurangkan sumbatan kolon daripada kanser kolon.

Kemoterapi - doktor menggunakan ubat anti kanser untuk menghalang pertumbuhan atau membunuh sel kanser. Kebanyakan ubat anti kanser diberi melalui suntikan. Rawatan kemoterapi adalah lebih berkesan untuk membunuh sel kanser dan menghalang perulangan. Secara umumnya, cara ini mempunyai kesan sampingan tetapi boleh dikawal secara keseluruhan.

Terapi radiasi - menggunakan Sinar X berkuasa tinggi digunakan untuk membunuh sel kanser dan menghalangnya daripada merebak. Rawatan ini juga digunakan bersama kemoterapi untuk mengecutkan ketumbuhan sebelum pembedahan.

Imunoterapi atau terapi biologi - terapi ini meningkatkan fungsi anti kanser pesakit dengan menggunakan sistem imun tubuh badan untuk melawan kanser.

Bolehkah kanser kolon dicegah?

Walaupun faktor risiko utama kanser kolon adalah gen anda, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan anda boleh mencegah kanser ini. Anda boleh melakukannya dengan menambah pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, mengamalkan diet rendah kalori, berhenti merokok, mengurangkan atau berhenti mengambil alkohol dan banyakkan bersenam adalah terbukti dapat mencegah daripada mendapat kanser.

Sekiranya anda mempunyai sejarah kanser kolon dalam keluarga, risiko anda mendapat kanser kolon adalah tinggi dan ujian pemeriksaan awal oleh doktor adalah sangat penting. Ingat, kanser kolon boleh dielakkan. Oleh itu, jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi, jalani ujian pemeriksaan awal. Jangan tunggu sehingga anda melihat tanda dan gejalanya untuk berjumpa doktor.